Nama singkatan atau akronim rasmi bagi Jabatan Meteorologi Malaysia ialah MET Malaysia.
Alamat, nombor telefon dan nombor faksimili bagi Ibu Pejabat MET Malaysia dan Pejabat-Pejabat Meteorologi Negeri seluruh Malaysia boleh didapati di pautan Hubungi Kami pada laman web ini.
Selain daripada media cetak dan elektronik, pengguna mudah alih iOS dan Android boleh memuat turun aplikasi mudah alih myCuaca bagi mendapatkan maklumat ramalan cuaca terkini. Pada masa yang sama, siaran laporan cuaca akan ke udara sebanyak tiga (3) kali sehari melalui saluran RTM1 semasa rancangan Selamat Pagi Malaysia pada jam 9.00 AM, Berita Nasional 5 pada jam 5.00 PM dan Berita Nasional 8 pada jam 8.00 PM.
Sila berhubung dengan pegawai di Unit Komunikasi Korporat melalui emel ukk@met.gov.my bagi tujuan tersebut.
Permohonan data dan maklumat meteorologi boleh dikemukakan melalui emel klim@met.gov.my dan rujuk dokumen Jadual Akta Fi untuk mengetahui caj data.
Sila berhubung dengan pegawai di Unit Komunikasi Korporat melalui emel ukk@met.gov.my bagi tujuan tersebut.
Data-data berkaitan gempa bumi & tsunami boleh diperolehi dari Bahagian Geofizik & Tsunami, Tingkat 4, Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.
Data-data iklim boleh diperolehi dari Pusat Iklim Nasional, Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.
Permohonan data-data iklim hendaklah dikemukakan melalui emel kepada klim@met.gov.my atau mengunjungi kaunter di Tingkat 3, Pusat Iklim Nasional, Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.
Sebutharga akan dikeluarkan dalam masa 3 - 5 hari waktu bekerja. Data-data iklim yang dipohon akan dibekalkan dalam masa 1 hari waktu bekerja setelah pembayaran diterima.
Data-data iklim yang boleh dipohon adalah seperti data setiap jam, data harian, data bulanan, ringkasan data, data nilai tambah, data udara atas dan peta kilat. Manakala, parameter yang boleh dibekalkan adalah seperti data hujan, data suhu, data kelembapan bandingan, data angin, data sinaran suria, data awan, data ketampakan, data mean sea level pressure (MSLP) dan data udara atas.
Sila berhubung dengan pegawai di Unit Komunikasi Korporat melalui emel ukk@met.gov.my bagi tujuan tersebut.
Data-data iklim hanya boleh dipohon di Pusat Iklim Nasional, Tingkat 3, Ibu Pejabat Jabatan Meterologi Malaysia.
Isnin – Khamis :
8:00 AM – 1:00 PM
2:00 PM – 4:00 PM
Jumaat :
8:00 AM – 12:00 PM
3:00 PM – 4:00 PM